Thursday 14 April 2011




















SRI TANJUNG MEDICARE SDN BHD adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 2010. Kami adalah satu syarikat yang menceburi dalam bidang hemodialisis dan pusat kami di namakan “ PUSAT HEMODIALISIS BAYAN BARU” yang dilesenkan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di awal tahun 2011.

Walaupun pusat kami baru ditubuhkan, Pusat Dialisis Bayan Baru  mempunyai sumber keperluan, pengetahuan dan kepakaran yang tidak ada tandingannya untuk membangun, beroperasi dan membina nilai, maka dengan itu, kami dapat mengelak sebarang  kesulitan yang selalu dihadapi oleh pusat yang baru ditubuhkan. Kemudahan- kemudahan yang sedia ada menunjukkan operasi kami yang efisyen untuk memastikan kami memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit dan bakal pesakit.

No comments:

Post a Comment