Mengenai PHBB



SRI TANJUNG MEDICARE SDN BHD adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 2010. Kami adalah satu syarikat yang menceburi dalam bidang hemodialisis dan pusat kami di namakan “ PUSAT HEMODIALISIS BAYAN BARU” yang dilesenkan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di awal tahun 2011.

Pusat Dialisis Bayan Baru mempunyai lesen untuk beroperasi dengan 11 buah mesin dialisis dan mempunyai ruang kapasiti yang boleh memberi rawatan kepada lebih 44 orang pesakit dalam seminggu.

Kami memulakan operasi dengan kemudahan 4 mesin dialisis di bawah pemantauan seorang Pengurus Dialisis yang bertauliah dan seorang pembantu dialisis. Dengan saiz yang sedia ada, pusat kami akan menempatkan 25 mesin dialisis di masa hadapan, mengikut keperluan operasi.

Walaupun pusat kami baru ditubuhkan, Pusat Dialisis Bayan Baru  mempunyai sumber keperluan, pengetahuan dan kepakaran yang tidak ada tandingannya untuk membangun, beroperasi dan membina nilai, maka dengan itu, kami dapat mengelak sebarang  kesulitan yang selalu dihadapi oleh pusat yang baru ditubuhkan. Kemudahan- kemudahan yang sedia ada menunjukkan operasi kami yang efisyen untuk memastikan kami memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit dan bakal pesakit.

Di Pusat Hemodialisis Bayan Baru , kami menyediakan kelengkapan terkini, staf yang terlatih dan servis jagaan ginjal yang komprehensif untuk memastikan rawatan hemodilisis terbaik kepada pesakit End Stage Renal Disease (ESRD)."